Khamis, 1 September 2016

PORTABLE SOFTWARE ILLUSTRATOR CS6

Kali ini aku nak sharekan satu lagi portable software, Adobe Illustrator CS6!. Software yang mesti dikuasai oleh graphic designer diluar sana. OK ni ada info tentang AI, apa perbezaan software AI ni dengan PS:
Adobe Illustrator mengolah gambar berjenis vektor, dimana gambar tersebut akan tetap bagus walaupun dilakukan proses zooming atau scaling (diperbesar).
Karena Adobe Illustrator mengolah gambar berjenis vektor, maka Adobe Illustrator secara tidak langsung mempunyai kegunaan untuk memproduksi hasil karya yang khusus, yaitu gambar dengan tipe vektor. Hasil karya yang dimaksud misalnya seperti pembuatan logo perusahaan, media promosi, media promosi bisa berbentuk hasil print maupun dalam bentuk digital.
Jadi fungsi dan kegunaan dari aplikasi Adobe Illustrator sangat banyak, jika kita lihat dari beberapa hasil karya yang disebutkan tadi. Mungkin anda masih belum paham karena di situ hanya disebutkan dalam segi sempit beberapa hasil karya yang bisa dibuat dengan Adobe Illustrator, kalau diperluas atau secara umum maka hasil karya yang bisa dibuat oleh Adobe Illustrator, sebagai berikut :

  • Grafik.
  • Watermark.
  • Desain aplikasi.
  • Logo perusahaan.
  • Logo website / blog.
  • Banner / spanduk.
  • Desain gambar.
  • Ikon aplikasi.
  • Desain kaos.
  • Wallpaper.
  • Diagram
  • Ilustrasi.
  • Kartun.
  • Tabel.

Seperti biasa, cerita guna tak banyak...pandai2 la korang sedut. Adios!!!

Selasa, 30 Ogos 2016

BAND LAGENDA SCORPION MENGADAKAN KONSERT DI MALAYSIA?APA BENAR?

Kah kah kah, tajuk tajuk takleh blah.
Ya, band lagenda Scorpion akan mengadakan konsert di Malaysia pada oktober ini. Band yang dianggotai oleh Klaus Meine (vokal), Rudolf Schenker (gitar), Matthias Jabs (gitar), James Kottak (dram) dan Paweł Mąciwoda (bes) salah satu international band yang akan terlibat di dalam konsert Rockaway Festival nanti. Konsert Rckaway Festival dibahagikan pada dua event iaitu Rockaway Weekender pada 29th and 30th October dan Rockaway The Saga Continues pada 19th November.


Scorpion akan perform pada 29 Oktober, dan band yang akan turut sama pada hari itu nanti adalah Wings dan Muzza's Mayhem. Pergh. Muzza's Mayhem tu...pada korang tak kenal lagi Muzza's Mayhem boleh check kat Youtube. Salah satu band yang aku minat semnjak dua menjak ni, Lagu dorang The Pinks Has Flown masih terngiang dalam otak aku, memang best Muzza ni dengan suara sedap, skill guitar mantap. Perfect!!

Muzza Mayhem

Dan tak lupa band yang akan terlibat pada siri Rockaway Festival ini adalah BUTTERFINGERS. pada korang yang rindu dengan suara emmet boleh pegi. tak tahulah mereka akan reunion dengan line up ke tak (Loque, Emmet, Kadak, Loko).


Pada korang yang nak tahu lebih lanjut boleh klik sini . Nak beli tiket ke. nak tengok band apa lagi yang terlibat nak belanja aku tiket ke dan macam-macam lagi boleh klik situ.

Image: Rockaway Festival
Image: Rockaway Festival
Image: Rockaway Festival


PORTABLE SOFTWARE PHOTOSHOP CS6


Sape-sape yang selalu mengalami masalah laptop slalu hang bila running software macam potocop...aku syorkan korang download portable version. Mudah dan ringan tak payah nak install, nak simpan dalam pendrive pun boleh. Dari semasa ke semasa, aku akan upload portable software yang ada dalam koleksi aku jadi tunggu...

Cite banyak, korang pun poning jadi untuk yang pertama aku kongsikan Adobe Photoshop CS6 dulu..apo laie sodot la.


OK ENJOII!!!!

Jumaat, 26 Ogos 2016

E-BOOK KEMUSNAHAN DUNIA: KEMUNCULAN DAJJAL

Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu e-book yang dah lama aku simpan, kebanyakan orang tahu pasal Dajal dan Teori Konspirasi Illuminati kan. 
Ebook ni bagi aku best sebab kupasan nya dalam. Jadi sape-sape yang nak tambah pengetahuan tu aku syor kan lah download, tapi pesan aku, JANGAN JADI TAKSUB!! lepas baca ebook ni. Kang kono backhand dengan kawan-kawan kau jangan cari den. Cito banyak tak guno, korang sodot yo lah.

KEMUSNAHAN DUNIA: KEMUNCULAN DAJJAL


KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W.

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9
ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan ! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat
dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah
bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah
tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Sumber: Kemusnahan Dunia Kian Hampir, Kemunculan Dajal E-BOOK


b|d|k|TERACHI

Pada hari ini 26/8/2016, segala kudrat aku tergerak untuk melahirkan sebuah blog. Lama jugak nak cuba, tapi sekarang baru tergerak tangan dan otak ni setelah hampir 20 tahun mengenal teknologi canggih yang diberi nama komputer dan internet. Mungkin setelah dilanda masalah dalam beberapa bulan ni, segala masalah di dalam “pala hotak“, membuat aku terfikir panjang.Hurmm aku perlu mencari saluran untuk aku lari dari segala kekusutan dalam “pala hotak” ni

OK cukup!!. Segala apa cerita/info yang menarik perhatian aku,  akan aku cuba kongsikan disini. Idea aku masih samar-samar, tapi “i try” hehe